Saya merenung kepekatan malam ini amat mensayukan hati saya... Sambil saya mendengari lagu-lagu kegemaran, ketika itulah airmata saya mengalir laju tumpah dari kelopak mata saya... Terlalu banyak yang diingatkan... Ahh... Hati saya terus terusik lagi...
Sendirian saya disini memikirkan sesuatu yang saya sendiri pun tidak pasti apa yang saya sedang fikirkan... Kadang-kadang fikiran saya jauh melayang ntah kemana dan adakalanya saya seakan saya tidak mampu menanggung apa yang ada didalam hati saya. Kesakitan yang saya sendiri pun tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.. Saya cuba menyembunyikan kesakitan saya.. Ya..! Memang saya mampu. Mampu dengan menipu perasaan saya pada semua kawan-kawan saya... Tapi apa yang perlu saya buat, saya tidak mempunyai kekuatan untuk semua itu..
Saya cuba meletakkan diri saya pada sesuatu benda yang saya suka.. Perasaan yang bagus tetapi belum cukup untuk saya melenyapkan kesakitan ini. Cinta kasih dan sayang masih lagi berlegar-legar di hati saya.. Susah! Amat susah untuk semua ini. Tapi saya kena juga menerima apa sahaja kemungkinan dan menempuh apa yang telah ditetapkan.. Walaupun saya sudah tidak ada lagi sebarang kekuatan, tapi saya terpaksa.. terpaksa untuk semua ini.
Saya seakan mati menangisi dan meratapi semuanya.. Saya sudah mencuba segalanya. Saya cuba memahami segalanya. Tapi semua sia-sia. Inikah balasan dengan segala percubaan saya? Saya seakan tidak paham apa yang sebenarnya terjadi. Adakah ini pilihannya?? Saya tidak pasti samaada saya mampu menghadapi ini semua..? Saya tidak pasti.....
Sehari telah berlalu, ianya berlalu dengan begitu sahaja.. Sentuhannya...belaiannya... Sentiasa datang pada diri saya... Mana mampu untuk saya lupakan itu semua. Kucupannya di dahi... Tidak mungkin saya rasaikan lagi. Ungkapan cintanya tidak mungkin lagi dapat saya dengari setiap saat setiap masa dan setiap waktunya.. Mana mungkin untuk saya mampu...
Saya sangat merinduinya...............................
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Sekali lagi, seolah2 diri saya suatu zaman yg lampau, ketawa riang di hadapan teman2, termenung kesedihan di dalam kamar, meratapi saat2 indah yang berkubur, rotting in memories...seolah2 tiada makna akan kehidupan ini...dan dalam keadaan sebeginilah, dlm keadaan yg teramat lemah rohani, amat mudah untuk kita hilang tumpuan, lalu melakukan kesilapan.
Hope you'll be given the strength.
Post a Comment