Sunday, September 14, 2008

Cinta vs Sepi vs Takdir

Masih adakah perkataan sepi bagi hati yang telah ditakluki?? Atau sepi sebuah hati yang mengharapkan sebuah jawapan yang pasti untuknya....

Cinta umpama sebuah fantasi yang membuat kita semua leka melayarinya. Tapi kadang-kadang ianya memberi sebuah luka yang tanpa berdarah namun perit untuk kita menelannya. Yang pasti ianya takkan hilang dari hati yang amat memerlukan cinta. Amat susah untuk menemui cinta yang sejati yang kekal abadi. Adakalanya kita sudah menemuinya tapi belum tentu akan dapat memilikinya. Seribu cinta palsu yang bisa kita ketemui ada dimana-mana. Bakal itulah yang menjadikan kita hamba cinta yang tidak serik-serik bermain dengan cinta.

Sepi sentiasa meyelubungi kala cinta hilang dihati. Sepi adakalanya membuat kita seakan jadi gila untuk memiliki cinta. Sepi yang menguasai diri tidak dapat menghapuskan keresahan di hati. Diri sentiasa di himpit rindu bagi yang amat mendambakan cinta.

Tapi adilkah jika cinta itu dipermainkan?? Tanpa belas kasihan yang selama ini dikorbankan untuk kebahagian. Kebahagiaan sentiasa di harapkan oleh semua insan. Tapi sayangnya belum pasti akan dapat merasainya.

Kenapa mesti ada yang sanggup mempermainkan cinta pada mereka yang betul-betul mencintainya?? Murahkah cinta hingga sanggup mempermainkan dengan kata-kata? Tidakkah terdetik dihati atau sedari cinta yang diberi itu adalah cinta sejati hingga sangup korban dan lakukan segalanya?

Demikian la nasib bagi yang menghargai cinta.... Mengharapkan cinta dan mendambakan cinta... Selalu mereka akan menyalahkan takdir.. Tp adilkah? Ya mmg takdir tidak bole diubah tp nasib bole diubah.. Allah itu maha esa. Dia akan mengubah takdir dalam sekelip mata sahaja. Jadi jangan la terlalu bergantung pada takdir sahaja jikalau diri kita sendiri pun tidak pasti apa yang kita hendak dan hidup dalam dunia ini......

No comments: