Tuesday, September 23, 2008

Lailatul Qadar

Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qodar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qodar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya): “Sesungguhnya malam Lailatul Qodar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu shubuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan sholat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” - (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).

Sekarang adalah malam kesepuluh malam yang menjelmanya Lailatul Qadar pada tarikh-tarikh ganjil. Aku sentiasa menantikan malam ini kerana ia malam yang sempurna untuk segala-galanya.. Tapi sayang yer malam kesepuluh terakhir ni pula ada penyakit cedera parah pulak...( u know what i mean la!huhu). Tapi walau apa pun terjadi aku akan cuba mendapatkan malam-malam yang istimewa ni.

Kalo tak silap aku, aku ada mengalami malam lailatul qadar ni. Masa tuh tak silap umur 13thn.. That nite was peaceful, quite and the moon shine very clearly. Pada mlm tuh lepas sembahyang terawih seperti biasala naik basikal gan kawan aku akmar. Tiap malam memang rutin kami akan pergi sembahyang terawih(tak penah tinggal tau!). Sepanjang jalan kelihatan pokok melambai-lambai lembut seperti ditiup angin. Tapi masalahnya malam tuh takde plak terasa angin. Ermm... that time tak terpikir la pulak apa-apa. Malam tu kami tak terus balik ke rumah. Sempat lagi nak round2 taman jap. Selalu kami tak macam tuh. Selalunya abis jer sembahyang terawih terus jer balik rumah.

Nak dijadikan cerita malam tuh, kami jalan sambil sembang2. Tiba2 seakan satu angin berembus laju kearah kami. Tergamam jugak la. Tapi kitaorg tak terpikir la plak ada hantu ker apa. Yelah bulan ramadhan semua setan kan dah kena rantai so kami pun buat tak tau la... Kami pun terus la mengayuh basikal tanpa hiraukan pasal angin tadi tuh. Sekali lagi kami terasa angin tuh balik. Dan kami merasakan sesuatu sedang mengekori kami. Bila dah rasa macam tuh, lagi cepatla kami mengayuh basikal.

Masa itu hala tujuan langsung takde.. So merata-ratala kami org duk kayuh basikal tuh. Lama kelamaan rasa macam sesuatu yang mengikut kami tuh dah takde.. Apa lagi bising la mulut kami berdua menanyakan apa kebendanya tuh! Tak sampai 10minit, tertiba terasa ada sesuatu kejar kami balik. Apa lagi lintang pukang la kami megayuh basikal dengan lajunya.. Terus menghala ke rumah aku... Bila sampai jer aku tgk belakang macam takde apa yang kejar kami plak..Ermm... tang situ yang amat memelikkan kami. Lantak la...Asalkan kami selamat sampai kat umah. Beberapa minit kemudian mak aku kuar. Dia pun pelik la napa kami termengah mengah. Aku pun apa lagi cite poyo aku pun kuar la.. Last2 mak aku sound, org mlm yang kesepuluh ni byk kan buat beribadat sbb salah satu harinya mungkin malam lailatul qadar. Ni tak, bole plak sempat nak gi round2 satu taman malam2 buta ni. Mana la benda2 pelik tak mengikut.

Laaaa..... Malam Lailatul Qadar rupanya.. Aku pun bole plak nak terlupa. Kalo la aku tau, bole la doa byk2 untuk malam sepuluh terakhir ramadhan tuh.. Tapi biasa la, manusia kan.. Mana la tak lari dr membuat silap. huhu...

Walaubagaimana pun aku tetap akan nantikan malam istimewa tu. Sampai sekarang dan sampai bila2 pun.. Tentu macam2 doa kan kita pinta pada mlm tuh? aku pun tak terkecuali daripada itu. Aku tak pernah putus2 mintak pada Allah memberikan kebahagiaan hidup bersama insan yang kucintai didunia dan akhirat, memuliakan hati aku dan semoga aku mulia disisiNya. Amin....

No comments: